SELANGOR FC
BERITA

Yoodo Selangor Red Giants Lakar Tiga Kali ‘Winstreak’.

Apr 07, 2024 - FAS

Yoodo Selangor Red Giants (YSRG) meneruskan momentum kemenangan bersih sepanjang 3 perlawanan berturut-turut.

Kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang iaitu MPL Malaysia Musim ke-13 telah bermula pada 29 Mac yang lalu dan kini sudah memasuki minggu ke-2 liga berlangsung. Permulaan yang baik bagi pasukan #GergasiMerah apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 2 minggu liga MPL Malaysia Musim ke-13 dijalankan.

Skuad YSRG memulakan saingan liga dengan kemenangan 2-0 keatas juara bertahan musim lalu iaitu pasukan Homebois. Momentum kemenangan terus dibawa hingga ke perlawanan kedua dan ketiga apabila pasukan YSRG terus melakar kemenangan 2-0 ke atas pasukan Team Haq dan Todak. 

 Kemenangan ketiga semalam menentang pasukan Todak merupakan kemenangan terakhir sebelum liga berehat untuk sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kapten pasukan iaitu Yums, beliau amat bersyukur dan bangga dengan prestasi pasukan.

“Alhamdulillah, permulaan pasukan kami berjalan dengan lancar apabila berjaya mendapatkan kemenangan pertama ke atas pasukan Homebois. Dan alhamdulillah juga momentum kemenangan dapat diteruskan hingga perlawanan ketiga kami pada hari semalam.

“Walaupun kami telah mendominasi 3 perlawanan, namun liga masih panjang serta masih banyak yang kami perlu tingkatkan dan akan sentiasa fokus bagi setiap perlawanan yang akan kami hadapi”, ujar Yums. 

Bagi minggu ke-3 untuk liga, pasukan #GergasiMerah dijadualkan akan menentang pasukan RSG MY untuk perlawanan ke-empat mereka. Untuk rekod perlawanan, kali terakhir pasukan YSRG bertemu pasukan RSG MY adalah pada peringkat final kejohanan Kohai Sea Championship Musim ke-2 pada penghujung Disember lalu.

Semoga pasukan YSRG terus berjaya melakar kemenangan dan terus berjuang demi lencana di dada.

Dikesempatan ini juga Yoodo Selangor Red Giants ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam terutamanya penyokong Gergasi Merah.  

Demi Kebanggaan.